Islam dan cabaran semasa
Radikalisme dan eksterimisme dalam beragama
Nama Pensyarah: Puan Wahidah Binyi Mat Said
Nama Ahli Kumpulan:
1. Muhammad Afiff Bin Mohd Tajuddin (02DLS19F2015
2.MUHAMMAD FARIHIN BIN KHAIRUL HAMIZAM (02DLS19F2959)
3.LUQMAN HAKIM BIN GHAZALI (02DLS19F2027)
4.Muhamad Akmalluddin Bin Faizul(02DLS19F2001)
5. MUHAMMAD MUQRI ALIF BIN AMINUDDEEN (02DLS19F2007)
6. zarul azmeer bin zaharuddin (02DLS19F2053)
Islam dan Cabaran Semasa
Pendahuluan
Cabaran-cabaran ke atas agama Islam, ajaran dan Syariatnya semakin hari semakin hebat. Tetapi pada masa sama Islam juga berkembang di serata pelusuk dunia dengan begitu pesat. Atas janji Allah dalam Al-Quran bahawa Islam itu agama yang sempurna,
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku-redhai Islam itu sebagai agama bagimu”( Al-Maidah : 3). Begitu juga dengan maksud ayat suci yang lain, iaitu, “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam” (Ali-Imran: 19). Sebagai umat Islam kita juga percaya akan kekuasaan Allah dalam pemeliharaan Islam sebagai agama yang diredhai itu.
Namun, sifat Islam yang sempurna dan jaminan Allah tentang kelangsungan Islam di alam ini sehinggalah datangnya Hari Kiamat tidak bermakna kita umat Islam tidak perlu berusaha untuk menjelaskan tentang Islam dan merealisasikan kesempurnaannya. Keadaan ini juga tidak membenarkan kita umat Islam bertindak pasif dalam menegakkan hukum Syariah serta syiar Islam. Di sinilah munculnya kewajipan untuk setiap kita melakukan dakwah, mengajak ke arah kebaikan dan cara hidup Islam serta menegakan hukum Allah yang jelas dan nyata.
1. Fahaman liberalisme di Malaysia
Liberal merupakan sesuatu yang bebas dan terbuka. Secara mudah untuk memahami konsep ini, aliran ini bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang dikatakan demokratik. Manakala aliran Islam Liberal merujuk kepada aliran yang memiliki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen. Dalam konteks kini aliran ini merupakan serangan pemikiran dan kebudayaan di mana bentuk-bentuk serangan yang secara tidak langsung dilakukan bagi meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam serta boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam.
Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini telah mula memperjuangkan pelbagai isu bertujuan menyebarkan idea liberalisme secara lebih meluas. Antara agenda golongan ini ialah memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan menyamatarafkan semua agama, agar kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar dapat dihapuskan. Secara tidak langsung kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan sehingga boleh mengundang kepada gejala murtad. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFCatau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan.
Selain itu, golongan Islam Liberal juga berusaha untuk menghapuskan kedaulatan agama Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan, atau Islam sebagai agama negara, sengaja ditafsirkan dengan Islam sekadar agama rasmi sahaja. Tujuan mereka menyatakan demikian adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular berpaksikan demokrasi liberal yang tidak terikat dengan agama Islam. Dengan sebab inilah mereka turut menentang pemerkasaan terhadap Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Syariah. Mereka juga berhasrat untuk menghapuskan Institusi-institusi Agama Islam di Malaysia.
2. Memperjuangkan kesamaan jantina dalam semua aspek
Fahaman persamaan hak antara lelaki dan perempuan ini akan mempengaruhi struktur hukum dalam keluarga, sehingga dengan alasan ’persamaan hak’ mereka menuntut larangan berpoligami, kerana poligami merupakan ketidakadilan terhadap wanita. Demikian juga dengan alasan ’persamaan gender’ gerakan ini menuntut agar diubah hukum perkahwinan berbeza agama, kerana perkahwinan berdasarkan agama menurut gerakan ini bertentangan dengan asas persamaan hak.
Demikian juga menurut gerakan feminisme, ijab dan qabul pernikahan bukan dilakukan oleh pihak lelaki sahaja, tetapi juga boleh dilakukan oleh pihak perempuan. Dalam masyarakat muslim liberal India, pernah terjadi perkahwinan yang dilakukan oleh seorang wanita, dengan tuan qadhi wanita, dan saksi wanita. Dalam bab hak cerai pula, berdasarkan hukum persamaan hak, jika suami berhak menceraikan isterinya dengan suatu lafaz cerai, maka mengapa wanita tidak boleh menceraikan suaminya secara langsung tanpa perlu membuat tuntutan cerai melalui mahkamah syariah, sedangkan selama ini suami berhak menceraikan isteri tanpa melalui proses tersebut? Oleh sebab itu, dengan dalil persamaan hak, isteri juga mempunyai hak untuk menceraikan suami tanpa melalui proses tuntutan ke mahkamah.
3. Golongan anti hadis
Golongan ini pernah disebut ulama Ibn Hazm abad 4-5 Hijrah dan beberapa ulama zaman moden seperti Muhammad al-Ghazali dan Yusof al-Qardhawi.
Golongan ini tidak disambut dengan ahlan wa sahlan, tetapi disambut dengan peringatan dan amaran bahaya oleh para ulama kepada umat Islam seluruhnya. Kemunculan golongan ini pernah diramalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadith bermaksud:
Ada orang yang berbaring di tempat tidur yang mewah dan berkata: “Antara kami dan kalian hanyalah kitab Allah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan dalam al-Quran, kita halalkan, dan apa yang diharamkan, kita haramkan. Sesungguhnya apa-apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w., sama seperti yang diharamkan oleh Allah.” [Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi].
Hadith nabi terbukti benar. Golongan yang hanya mahu berpegang kepada Al_Quran dan menolak hadith/sunnah kini muncul. Andainya golongan ini tidak muncul, kemungkinan umat Islam dalam keraguan dan tidak mempercayai kebenaran hadith tersebut.
4. Gerakkan syiah yang memecahbelahkan perpaduan umat islam
Penularan fahaman Syiah di Malaysia semakin membimbangkan malah akan menjadi virus perpecahan kepada umat Islam khususnya Melayu, yang kini sudah pun berpecah ekoran perbezaan ideologi politik.
Fahaman ajaran sesat termasuk Syiah harus diperangi habis-habisan kerana mampu memecahbelahkan umat selain bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini. Fahaman Syiah yang berasal daripada negara timur tengah bukan sahaja menyeleweng daripada akidah, bahkan mampu meranapkan sesebuah negara akibat perbezaan amalan.
Syiah, difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada muzakarah khas pada 1996, perlu ditangani secara agresif oleh pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam kerana ia jelas memesongkan akidah sekali gus menjejaskan perpaduan dan kerukunan di kalangan umat Islam negara ini yang berpegang pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Lihat sahaja keadaan di beberapa negara Arab, di mana perpecahan berlaku dengan amat dahsyat di antara kumpulan Syiah dengan Sunni, iaitu mereka yang berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah akibat pertelingkahan yang jelas tidak menguntungkan umat Islam.
Penularan ajaran Syiah di negara ini berlaku kerana kegagalan pihak-pihak berkaitan memberi kefahaman tentang bahayanya Syiah kepada masyarakat selain kelemahan dalam proses mengawal kemasukan hadis-hadis palsu ke Malaysia. Perpecahan sebegini boleh berlaku di mana-mana negara jika ia tidak dibendung. Dewasa ini penularan ajaran Syiah berkembang cepat didorong oleh kepesatan perkembangan teknologi maklumat selain penerbitan buku mempromosikan Syiah dijual di pasaran terbuka tanpa kawalan dan pemantauan di samping kekuatan pengaruh pemimpin politik yang mengamalkan ajaran Syiah. Syiah perlu dibendung kerana ia membawa pelbagai fahaman dan fatwa ganjil sehingga menimbulkan percanggahan dalam masalah akidah dan pelbagai masalah fekah.
Kita perlu sedar perpecahan umat Islam bukan kerana kita berbeza pendapat dan jemaah. Kita berpecah kerana sifat jahil, sektarian, dan fanatisisme. Perselisihan faham tentang amalan dalam mazhab boleh menyebabkan persengketaan yang menjadi punca perpecahan yang akan mengheret kepada permusuhan sehingga menimbulkan kucar kacir kepada negara. Syiah perlu dibendung kerana ia membawa pelbagai fahaman dan fatwa ganjil sehingga menimbulkan percanggahan dalam masalah akidah dan pelbagai masalah fekah.
Kerajaan perlu mewujudkan suatu akta baharu untuk mengawal ajaran sesat selain mendefinisikan semula Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Contohnya, di Kedah kerajaan negeri mewujudkan Enakmen Anti-Syiah, tapi ia menjurus hanya kepada Syiah sahaja dan kalau akta pengawalan ajaran sesat, ia lebih menyeluruh. Selain itu, Islam yang menjadi agama persekutuan juga perlu didefinisikan apakah Islam itu. Hal ini kerana, ajaran Syiah, Al-Arqam dan Ayah Pin mengaku Islam. Jadi, Islam dalam Perlembagaan Persekutuan didefinisikan sebagai Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ajaran itu dianggap bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, ia dianggap sesat.
Kerajaan juga perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menganalisis sebarang bentuk fahaman yang mampu memecahbelahkan umat Islam serta memberi panduan kepada kerajaan untuk bertindak.
5. Bahaya perjuangan daesh/isis kepada umat islam
Rujukan
:https://muftiwp.gov.my/sumber/media/penerbitan/suara-pemikir/2156-gerakan-feminisme-persamaan-gender-dan-pemahaman-agama-bahagian-2
:https://gerakansyiahnews.blogspot.com/2020/03/gerakan-syiah-memecahbelahkan-umat-islam.html?m=1
:https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-dunia/fakta-mengejutkan-mengenai-isis-197253%3famp=1
: http://abu-durrah.blogspot.com/2013/01/golongan-anti-hadith-satu-ringkasan.html?m=1
:https://www.mais.gov.my/persoalan-berkaitan-liberalisme/
Lampiran
Fahaman liberal
Militan isis/daesh
Syiah
Anti hadith






Comments
Post a Comment